Skip to main content

Posts

Jalan jalan jalan

Banyak hari dah skip, jadi hari ni berjaya jalan jugak. Nasib hari cuti. Sambil berjalan campur berlari, tapi sekejap ja. Semput. Next year, boleh suda lari macam usain bolt. harap harap la.
Recent posts

Jalan lagi

Hari ni dah jalan 2km. Stretching pun dah buat. Actually hari ni rasa macam nak rilek sikit, tapi sebab kawan tu nak jalan. Jadi Miss S pun terikut juga. Teringat pula pepatah "if you want to reach faster, go alone. If you want to go far, go with a company". Eh betul ka pepatah tu? Kalau takda momentum, memang susah mau capai matlamat. Harap-harap setahun dari sekarang, Miss S dah boleh ikut maraton keliling bandar. Ok bye.

Rehat

Kelmarin Miss S dah berjalan 2km. Mungkin sebab tak stretching betul-betul, kaki rasa tak berapa ok. Jadi hari ni Miss S tak jalan. Miss S baru teringat yang kelmarin Miss S ada practice kata untuk karate. Memang betul kena konsisten kalau nak jadikan berjalan tu satu tabiat. Perkara yang Miss S juga belajar adalah "knowing when to stop is a skill". Sebab bila dah tahu, kita jimat banyak masa di situ. Kalau Miss S tak rehat dan jalan terus, lebih banyak masa akan diambil untuk recovery. Besok Miss S akan sambung lagi. Ok bye.

Tips Untuk Yang Baru Mula Berlari

Untuk yang baru nak mula jalan, jogging atau berlari, perkara terpenting adalah: 1. Buat stretching sebelum dan selepas berlari/berjalan. Kalau tak buat, confirm cramp. 2. Tetapkan milestone.  Miss S tetapkan tidak lebih dari 2km. Ini akan trick minda kita untuk buat sebaliknya. Tapi memang Miss S tak buat lebih dari tu. Next week baru pelan-pelan naikkan 1km setiap minggu. 3. Konsisten. Sendiri mesti nak buat, bukan kerana orang. Harap Miss S pun dapat follow tips ni. Ok bye.

Berjalan lagi

Hari ni hari ke-3 berjalan. Kelmarin dan dua hari yang lalu hujan dan kurang sihat. Hari ni jalan 2km. Jogging dan jalan. Sebelum ni tak buat stretching, sebab tu kaki cram. Hari ni buat stretching sebelum dan selepas jalan. Memang kaki tak cram. Harap besok boleh jalan lagi. Best pulak bila dapat jalan. Miss S sebelum ni harap ada kawan ja untuk jalan sama-sama. Tapi, yang nak fit kita sendiri juga. Kalau jalan sorang, pastikan di tempat awam. Sebab bahaya ada di mana-mana. Jom fit!

Pos Hari Kedua

Hari ni adalah hari kedua berjalan. Hari ni milestone yang dicapai ialah dua pusingan, bersamaan 2 km. Ok lah kan? Kelmarin sudah berjalan 1km. Tapi tak buat push up dan sit up sebab muscle cramp. Hari ni up sikit: suda buat stretching sebelum jalan. Link untuk stretching larian: https://www.nhs.uk/live-well/exercise/how-to-stretch-after-a-run/. Harap besok boleh jalan lagi. Pinggang dan kaki masih cramp. 24 minit untuk 2km. Masih noob lagi.

Pos pertama!

Salam, Eh macam tulis surat pulak. Ok, sebetulnya tujuan buat blog ni untuk jurnal harian. Tapi tidak terlalu personal. Apa Miss S mau tulis ni? Sebab sekarang tidak fit macam dulu-dulu meskipun status masih sweet eighteen, jadi jurnal ni diharapkan akan jadi permulaan. BMI pun kurang, bila mau kejar pencuri, pencuri pula yang pi kejar kita. Miss S berharap sangat dapat lari 1km dalam masa 4 minit (itu paling minimum menurut Quora). Lepas tu Miss S pun harap dapat angkat tong gas macam angkat minuman tin (gurauuu). Besok akan mula berjalan 1km (ya, malam suda di Singapura jadi tangguh besok). Hari ni sudah: 1) Stretching 2) Push-up 4 rep 1 set 3) Sit-up 6 rep 1 set Rep ni maksudnya "repetition". Untuk setiap push-up (ambil contoh di atas), push up buat 4 kali dalam satu set. Jadi, kalau 2 set push up, kita dah buat push-up 4 kali x 2 set=8 kali. 3 set=4 rep x 3 = 12 kali dan seterusnya... Miss S akan buat sekurang-kurangnya set di atas setiap...